Wirid Selepas Solat
1. Bacaan Selepas Memberi Salam Ke Kanan:
اَللَّهُمَّ ﺇِنِّيْ أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ
Ya Allah, aku memohon keredaan dan syurga-Mu.
2. Bacaan Selepas Memberi Salam Ke Kiri:
وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ
Dan aku memohon perlindungan dari kemurkaan-Mu dan dari azab api neraka.
3. Bacaan Semasa Menyapu Muka:
بِسْمِ اللَّهِ ﺍﻟَّﺬِيْ ﻻَ ﺇِلٰهَ ﺇِﻻَّ ﻫُوَالرَّحْمٰنُ الرَّحِيْمُ اَللَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّيَ الْهَمَّ وَالْحَزَنَ
Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah, hapuskanlah daripadaku kesusahan dan dukacita.
4. Bacaan Semasa Masih Duduk Dalam Tahiyat Akhir. Ayat 111 Surah al-Isra':
أَلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ شَرِيْكٌ فِى ٱلْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ وَلِىٌّۭ مِّنَ ٱلذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا (١١١)
Segala puji tertentu bagi Allah, yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya, dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh!
5. Istighfar 3 Kali:
أَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَالْحَىُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْه
Aku memohon ampun kepada Allah yang maha besar, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepada-Nya.
Atau Istighfar 4 Kali:
أَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَالْحَىُّ الْقَيُّومُ الَّذِي لَا يَمُوْتُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ رَّبِّ اغْفِرْلِي
Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurusi makhluk-Nya, yang tidak akan mati, aku bertaubat kepada-Nya, ya Tuhanku ampunilah aku.
6. Seterusnya Baca Tahlil 10 Kali, (Selain Subuh & maghrib 3 Kali):
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian, Dialah amat berkuasa ke atas segala sesuatu.
Atau:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian, Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa ke atas segala sesuatu.
[HR: At-Tirmidzi]
Atau Tahlil 1 Kali:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللَّهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian, Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa ke atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Rabb (yang berhak disembah) kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujian yang baik. Tiada Rabb (yang berhak disembah) kecuali Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, sekalipun orang-orang kafir membenci.
[HR: Muslim, No. 594]
7. Baca Doa Pemeliharaan Dari Api Neraka 7 Kali, (Selain Subuh & Maghrib 3 Kali):
اَللَّهُمَّ أجِرْنَا مِنَ النَّارِ
Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada azab api neraka.
8. Baca Doa Pujian Kepada Allah:
اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا رَآدَّ لِمَا قَضَيْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Ya Allah, tidak ada yang boleh mencegah jika Engkau memberi dan tidak ada yang boleh memberi jika Engkau cegah. Tidak ada yang dapat menolak apa yang Engkau telah takdirkan, dan tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya (selain iman dan amal solehnya yang menyelamatkan dari siksaan). Hanya dari-Mu kekayaan dan kemuliaan.
[HR. Bukhari no.6615, Muslim no.593]
9. Baca Doa Keselamatan:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْ خِلْنَ الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَرَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَا لَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالْإِ كْرَامِ
Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya sejahtera itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkat-Mu ya Allah Tuhan kami yang maha tinggi, ya Allah Tuhan yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.
Atau Versi Ringkas:
اَللَّهُمَّ اَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَاذَاْلجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, bertambah-tambah berkat-Mu ya Allah Tuhan kami yang maha tinggi, ya Allah Tuhan yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.
10. Baca Doa:
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah daku supaya dapat selalu menyebut nama-Mu, mengingati nama-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.
11. Baca Ta'awuz:
أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ
Aku memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.
12. Baca Surah Al-Fatihah:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ (١) اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ (٢) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ (٣) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِ (٤) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَاِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُ (٥) ٱهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ (٦) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ غَیْرِالْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَلَا الضَّآلِّیْنَ (٧)
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.
13. Baca Ayat 163 Surah Al-Baqarah (Ism Allah al-A'zham):
وَإِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيمُ (١٦٣)
Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
14. Baca ayat 255 surah al-Baqarah (Ayat Kursi):
اَللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ اَلْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ۚ لَا تَأْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوْمٌۗ لَهُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۗ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهٗٓ اِلَّا بِاِذْنِهٖۗ يَعْلَمُ مَا بَيْنَاَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۚ وَلَا يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهٖٓ اِلَّا بِمَا شَاۤءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَۚ وَلَا يَـُٔوْدُهٗ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ (٢٥٥)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang tetap hidup lagi kekal selama-lamanya, mentadbir (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi. Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (kemuliaan-Nya) dan lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).
15. Baca ayat 284 surah al-Baqarah:
لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۗ وَاِنْ تُبْدُوْا مَا فِيْٓ اَنْفُسِكُمْ اَوْ تُخْفُوْهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللّٰهُۗ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ وَيُعَذِّبُمَنْ يَّشَاۤءُۗ وَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ (٢٨٤)
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
16. Baca ayat 285 surah al-Baqarah:
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّه وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ (٢٨٥)
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan daripada Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya, (Mereka berkata) 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-Rasul-Nya'. Mereka berkata lagi, 'Kami dengar dan kami taat'. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.
17. Baca ayat 286 surah al-Baqarah:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ (٢٨٦)
Allah tidak memberati seseoang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata), 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Jangan bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'.
18. Baca ayat 18 surah al-Imran:
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْعِلْمِ قَآئِمًۢا بِٱلْقِسْطِ ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ (١٨)
Allah menerangkan (kepada) sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti, bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga dengan demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
19. Baca ayat 19 surah al-Imran:
(١۹) ۗإِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
20. Baca ayat 26 & 27 surah al-Imran:
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌۭ (٢٦) تُولِجُ ٱلَّيْلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ ٱلْحَىَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَىِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍۢ (٢٧)
(26) Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (27) "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
21. Baca Surah as-Sharh:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (١) وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (٢) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ (٣) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (٤) فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا (٦) فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب (٨)
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? (2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) (3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
22. Baca surah al-Ikhlas 1x atau 3x:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ (٤)
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (2) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (3) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (4) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
23. Baca surah al-Falaq 1x atau 3x:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)
(1) Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (2) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (3) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (4) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (5) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
24. Baca surah an-Nas 1x atau 3x:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (2) "Yang Menguasai sekalian manusia, (3) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (4) "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (5) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
25. Baca al-Fatihah 1x:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ (١) اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ (٢) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ (٣) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِ (٤) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَاِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُ (٥) ٱهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ (٦) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ غَیْرِالْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَلَا الضَّآلِّیْنَ (٧)
26. Seterusnya baca:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِيْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى الْاَرِضِ وَلاَ فِىْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Dengan nama Allah yang dengan nama itu tidak menjadi mudarat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
27. Seterunya baca:
حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua daku berserah dan Dialah pemelihara 'Arsy yang besar itu.
28. Baca ayat 128 & 129 surah at-Taubah:
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌعَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ (١٢۸) فَإِن تَوَلَّوْا۟فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ (١٢۹)
(128) Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (129) Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
29. Tasbih:
اِلَـٰهِيْ يَارَبِّيْ (seorang)
Ya Allah, Ya Tuhanku.
اِلَـٰهَنَا يَارَبَّناَ أَنْتَ مَوْلنَا سُبْحَانَ اللَّهِ (ramai)
Ya Allah Tuhan kami, Engkaulah pelindung kami, Maha Suci Allah
(٣٣x) سُبْحَانَ اللَّهِ
Maha Suci Allah.
30. Tahmid:
سُبْحَنَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ دَائِمًا أَبَدًا
Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya.
(٣٣x) أَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Segala pujian bagi Allah.
31. Takbir:
أَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ
Segala pujian bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam atas mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaan-Nya.
(٣٣x) اللَّهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar.
32. Tasbih, Tahmid, Takbir dan Tahlil:
اَللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَنَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَعَلى كُلِّ شُيْئٍ قَدِيْرٌ
Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keesaan-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala pemerintahan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
33. Hauqalah
وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ٱلْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
34. Selawat:
اَللَّهُمَّ صَلَّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ عَدَدَ مَعْلُومَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِكَ الغَافِلُونَ. وَسَلِّمْ رَضِيَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ سَادَاتِنَا أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ أَجْمَعِينَ
Ya Allah tambahkanlah kemuliaan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, hamba-Mu, Rasul-Mu, seorang nabi yang ummi, serta ke atas ahli keluarga serta sahabatnya dan berilah kesejahteraan sebanyak pengetahuan-Mu dan sebanyak kalimah-Mu, setiap apa sahaja bilangan zikir orang yang berzikir kepada-Mu dan sebanyak jumlah orang lalai daripada mengingati-Mu. Berilah juga kesejahteraan kepada orang yang Engkau telah reda kepada mereka dalam kalangan penghulu kami, iaitu sahabat Rasulullah semuanya.
35. Istighfar:
(٣x) أَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيمَ
Aku memohon ampun kepada Allah
(١x) وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
Dan aku bertaubat kepada-Nya.
تُبْنَا إِلَى اللَّهِ وَرَجَعْنَا إِلَى اللَّهِ وَنَدِمْنَا عَلَى مَا فَعَلْنَاهُ وَعَزَمْنَا عَلَى أَنْ لَا نَعُوْدَ لِذَنْبٍ أَبَدًا
Kami memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar. Kami telah taubat kepada Allah; kami telah kembali kepada Allah; kami telah menyesal atas apa yang kami lakukan; dan kami berazam tidak akan buat sebarang dosa lagi selama-lamanya.
36. Zikir:
(٢x) يَا لَطِيفُ يَا كَافِي يَا حَفِيْظُ يَا شَافِي
Wahai yang Maha Lemah Lembut. Wahai yang Maha Cukup. Wahai yang Maha Memelihara. Wahai yang Maha Penyembuh.
(١x) يَا لَطِيفُ يَا وَافِي يَا كَرِيمُ أَنْتَ اللَّهُ
Wahai yang Maha Lemah Lembut. Wahai yang Maha Menyempurnakan Pemberian. Wahai yang Maha Pemurah. Engkaulah Allah.
37. Tahlil:
(١٠٠x) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Tiada Tuhan melainkan Allah.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، كَلِمَةُ حَقٍّ عَلَيْهَا نَحْيَا وَعَلَيْهَا نَمُوْتُ وَبِهَا نُبْعَثُ إِنْ شَآءَ اللَّهُ تَعَالَى بِرَحْمَةِ اللَّهِ وَكَرَمِهِ مِنَ اْلآمِنِيْنَ
Tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah sedangkan Muhammad ialah pesuruh Allah, pembawa kalimah yang hak. Dengan kalimah itu kami hidup, kami mati dan kami dibangkitkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dengan segala rahmat Allah dan kemuliaan-Nya daripada segala keamanan dan kesentosaan.
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
38. Doa Selepas Solat Subuh
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
Ya Allah, daku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
[HR: Ahmad & Ibn Majah]
Rujukan:
Galakan Beristighfar, Bertasbih, Bertahmid dan Bertahlil
Wirid 5:
Tsauban berkata, "Jika Rasulullah ﷺ selesai solat baginda akan beristighfar sebanyak tiga kali."
[HR: Muslim]
Daripada Ibnu Mas'ud RA katanya: Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya: "Barang siapa yang mengucapkan:
أَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَالْحَىُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْه
Maka akan diampunkan semua dosanya meskipun dia pernah melarikan diri dari barisan yang sedang berjuang.
[HR: Abu Dawud, at-Tirmidzi dan al-Hakim]
Wirid 34:
Daripada Ibnu Abbas RA, katanya: "Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya: "Barang siapa yang tetap berterusan beristighfar kepada Allah, maka Allah menjadikan untuknya suatu jalan keluar dari kesempitan - atau kesukaran - yang dihadapinya, juga diberi kelapangan daripada kesusahan yang dirasakannya, serta memberinya rezeki secara yang tidak pernah dijangkanya."
[HR: Abu Dawud]
Wirid 36:
Daripada Omarah bin Syu'ib RA katanya, Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Sepuluh kali selepas solat Maghrib, Allah Ta'ala mengutus baginya serombongan malaikat menjadi kawalan daripada syaitan durjana hingga waktu Subuh dan ditulis baginya sepuluh kebajikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan yang membinasakan."
[HR: at-Tirmidzi dan an-Nasa'i]
Sebagai penutup kepada tahlil 10 kali itu yang menyatakan bahawa 'tiada Tuhan selain Allah, Muhammad ﷺ pesuruh Allah adalah kalimah yang haq (benar), atasnya kita hidup dan atasnya kita mati dan dengannya kita dibangkitkan dengan kehendak Allah termasuk golongan yang aman sentosa dengan rahmat Allah dan kemuliaan-Nya.
Galakan Doa Memohon Keselamatan, Syurga dan Menjauhi Api Neraka
Wirid 6:
Warrad, iaitu penulis al-Mughirah bin Shu'bah menceritakan, "Mu'awwiyah mengirim surat kepada Mughirah, "Tulislah untukku hadis yang pernah kamu dengar dari Rasulullah ﷺ." Warrad berkata, "Lantas Mughirah menjawab suratnya, "Sesungguhnya aku pernah mendengar Baginda ﷺ berzikir ketika selesai solat: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ. Baginda ﷺ mengucapkannya hingga tiga kali.
[HR: Al-Bukhari dan Muslim]
Abu Dzar menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Barang siapa yang setelah solat Subuh dengan menyilangkan kedua kakinya dan mengucapkan: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ. Sepuluh kali, maka tercatat baginya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh kesalahan serta diangkat baginya sepuluh darjat, dan pada hari itu ia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak disukai, serta terjaga dari syaitan, dan tidak layak ada dosa yang menjumpainya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah."
[HR: Al-Tirmidzi]
"Siapa yang membaca: 'La ilaaha illallahu wahdahu... hingga akhirnya' 10 kali selepas solat Maghrib dan Subuh sebelum mengubah duduknya (duduk tahiyat akhir) maka ditulis baginya tiap-tiap satu kali sepuluh kebajikan (pahala) dan dihapuskan sepuluh kejahatan (dosa), dinaikkan sepuluh darjat, dijadikan bacaan itu sebagai perisai daripada segala kesukaran, penolak syaitan yang terkutuk dan ada dosa yang merosakkannya selain syirik dan ia menjadi orang yang utama dalam amal daripada orang-orang lain kecuali jika ada orang lain yang berbuat sepertinya atau lebih daripada itu."
[HR: Ahmad]
Dalam riwayat an-Nasa'i ada tambahan: "Siapa yang membacanya sesudah solat Asar maka mendapat juga seperti itu."
Wirid 29, 30, 31 & 32:
Abu Hurairah dari Rasulullah ﷺ beliau bersabda, "Barang siapa bertasbih kepada Allah sehabis solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid kepada Allah tiga puluh kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh kali hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, -dan beliau menambahkan- dan kesempurnaan seratus adalah dengan membaca: إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ. Nescaya kesalahannya akan diampuni walau sebanyak buih di lautan.
[HR: Muslim]
Galakan Doa Memohon Keselamatan, Syurga dan Menjauhi Api Neraka
Wirid 7 & 9:
Abu Umamah berkata, "Rasulullah ﷺ keluar menghampiri kami dan Baginda ﷺ bersandar pada tongkat, kami berdiri menghampirinya lalu Baginda ﷺ bersabda, "Jangan berdiri seperti orang Farsi, iaitu berdiri seraya saling mengagungkan antara satu sama lain." Sepertinya kami menginginkan Baginda ﷺ berdoa pada Allah untuk kami lalu Baginda ﷺ berdoa:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا، وَارْضَ عَنَّا وَتَقَبَّلْ مِنَّا وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ، وَنَجِّنَا مِنَ النَّارِ، وَأَصْلِحْ لَنَا شَأْنَنَا كُلَّهُ
Ya Allah, Ampunilah kami, rahmati kami, redai kami, terimalah kami, masukkan kami ke syurga, selamatkan kami dari neraka, perbaikilah keadaan kami seluruhnya."
[HR: Ibn Majah & Ahmad]
Ibnu Harits at-Tamimi RA berkata: "Rasulullah ﷺ telah berbisik padanya: 'Jika engkau kelak selesai solat Maghrib maka bacalah: 'Allahumma ajirni (ajirna - ramai) minan naar' 7 kali, maka apabila engkau telah membaca kemudian mati pada malam itu, ditulis untukmu selamat daripada api neraka. Jika engkau baca sesudah solat Subuh kemudian mati pada hari itu, ditulis untukmu selamat daripada api neraka,"
[HR: Abu Dawud]
Wirid 6 & 8:
Daripada Abdul Malik bin 'Umair daripada Warrad, iaitu penulisnya Mughirah bin Syu'bah, katanya: "Mughirah bin Syu'bah mencatitikan kepada dalam sepucuk surat yang dikirimkan kepada Mu'awiyah bahawasanya Nabi ﷺ setiap hari habis solat yang diwajibkan selalu mengucapkan:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
[HR: al-Bukhari]
Wirid 8:
Rasulullah ﷺ sentiasa membacanya setiap lepas solat fardu
[HR: al-Bukhari, Muslim dan at-Tabrani]
Galakan Pujian dan Doa kepada Allah dengan Nama-Nya
Wirid 8 & 9:
Dan Allah mempunyai nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka kerjakan.
[Surah Al-A'raf: 180]
Wirid 9 & 35:
Katakanlah (wahai Muhammad ﷺ), "Serulah nama 'Allah' atau nama 'al-Rahman', yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah nama baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu."
[Surah Al-Isra': 110]
Wirid 9:
Tsauban berkata, "Jika Rasulullah ﷺ selesai solat Baginda akan berdoa:
اَللَّهُمَّ اَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَاذَاْلجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ يَا لَطِيفُ يَا كَافِي يَا حَفِيْظُ يَا شَافِي يَا لَطِيفُ يَا وَافِي يَا كَرِيمُ أَنْتَ اللَّهُ
[HR: Muslim]
Galakan Bertawakal
Wirid 27 & 28:
Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami).
[Surah Ali-Imran: 173]
Wirid 33:
Daripada Abu Musa al-Asy'ari RA, katanya: Rasulullah bersabda: "Hai Abdullah bin Qais, sukakah engkau aku tunjukkan gudang harta daripada beberapa gudang harta di syurga? Iaitu ucapkanlah:
وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ٱلْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
[Muttafaq 'alaih]
Galakan Membaca Potongan Ayat Al-Qur'an
Wirid 4:
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah bersabda, maksudnya: "Barang siapa membaca pada setiap lepas solat:
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ شَرِيْكٌ فِى ٱلْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ وَلِىٌّۭ مِّنَ ٱلذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا (١١١)
Adalah baginya pahala seumpama tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta barang yang ada di dalamnya dan di bawahnya."
Wirid 12 - Surah Al-Fatihah:
Ibn 'Abbas RA berkata, "Satu ketika Rasulullah ﷺ bersama Jibril AS, tiba-tiba terdenar suara gemuruh di atas-Nya. Lalu Jibril AS melihat ke langit dan berkata, "Pintu ini dibuka di langit yang sebelum ini pernah dibuka. Ibn 'Abbas berkata, "Lalu turunlah seorang malaikat menghadap Nabi ﷺ dan berkata, "Bergembiralah dengan dua cahaya yang diberikan kedua-duanya yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelum ini, iaitu (surah) Fatihah untuk Kitab (al-Qur'an) dan penutup bagi surah al-Baqarah. Tidak seorang pun daripada kamu yang membacanya satu huruf daripadanya kedua-duanya melainkan diperkenankan permintaannya."
[HR: Muslim]
Wirid 13 - Ayat 163 Surah Al-Baqarah dan Ayat 1-3 Surah Ali Imran:
Asma' binti Yazid menceritakan bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Ismu Allah al-A'zham pada dua ayat berikut, iaitu ayat 163 surah al-Baqarah:
(163) وَإِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيمُ
dan ayat 1-3 pembuka surah ali-Imran:
(٣) الٓمٓ (١) ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ (٢) نَزَّلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًۭا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوْرَىٰةَ وَٱلْإِنجِيلَ
[HR: Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibn Majah]
Keutamaan Ismu Allah al-A'zham bertujuan untuk orang yang membacanya akan diperkenankan doa mereka. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam atsar berikut:
Abdullah RA berkata, "Ada seseorang membaca surah al-Baqarah dan surah ali-Imran di samping Abdullah, lalu ia pun berkata, "Engkau membaca dua surah yang dalamnya terdapa nama Allah yang paling agung (ismu Allah al-A'zham), yang apabila digunakan ketika berdoa pasti diperkenankan dan apabila digunakan ketika meminta pasti dikabulkan.
[HR: Ad-Darimi]
Wirid 14 - Ayat Kursi:
Abu Umamah RA berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardu, maka tiada apa yang menghalangnya daripada syurga kecuali kematian."
[HR: An-Nasa'i dan ar-Ruyani]
Wirid 18 & 19 - Ayat 18 & 19 Surah Ali-Imran:
Ghalib al-Qattan berkata, "Aku tiba di Kuffah untuk urusan perniagaan. Aku turun bermalam dekat dengan al-A'mash. Ketika waktu tengah malam ketika aku ingin beredar. Al-A'mash bangun daripada tidur dan bertahajjud pada malam itu. Ketika bacaannya melalui ayat:
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْعِلْمِ قَآئِمًۢا بِٱلْقِسْطِ ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ (١٨)
Al-A'mash lalu membaca:
وَأَنَا أَشْهَدُ بِمَا شَهِدَ اللهُ بِهِ، وَأَسْتَوْدِعُ اللهَ هَذِهِ الشَّهَادَةَ، وَهِيَ عِنْدَ اللَّهِ وَدِيعَةٌ
(١۹) ۗإِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ
Beliau membacanya berulang-ulang kali. Aku berkata, "Saya mendengar sesuatu mengenainya, jadi saya pergi kepadanya dan ingin mengucapkan selamat tinggal, dan kemudian aku bertanya, "Wahai Abu Muhammad, saya dengar kamu mengulangi ayat ini (surah ali-Imran: 18-19). Adakah telah sampai sesuatu kepadamu tentangnya? Aku berkata, "Aku bersamamu sejak sebulan yang lalu, tetapi engkau tidak pernah menyampaikan tentangnya kepadaku. Al-A'mash berkata, "Demi Allah aku akan menceritakan kepadamu selepas setahun. Setelah cukup setahun, aku berada di hadapan pintu rumahnya. Al-A'mash berkata, "Abu Wa'il menceritakan daripada Abdullah bahawa beliau berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Didatangkan dengan pembaca ayat itu pada hari kiamat. Lalu Allah SWT berfirman, "Hambaku berjanji denganku, maka aku berhak untuk menyempurnakan janji tersebut. Masukkan hambaku ini ke syurga."
[HR: At-Tabrani]
Wirid 20 - Ayat 26 & 27 Surah Ali-Imran:
Ibn 'Abbas RA menceritakan bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Ism Allah al-A'zham yang apa dibaca dengannya, nescaya akan dimakbulkan pada ayat Ali-Imran:
...قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ
Sehingga ayat terakhir.
[HR: At-Tabrani]
Wirid 12, 14, 18, 19 & 20:
Ali bin Abi Talib berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya surah al-Fatihah, ayat Kursi dan dua ayat dari surah Ali-Imran (ayat 18-19 dan ayat 26) adalah ayat-ayat yang memberi syafaat yang tidak ada penghalang antara ayat-ayat itu dengan Allah. Ayat-ayat itu berkata: "Wahai Tuhan, Engkau turunkan kami ke bumi-Mu dan di tengah orang yang bermaksiat kepada-Mu? Allah berfirman: Dengan membaca ayat-ayat tadi pada setiap selesai solat kecuali pastilah Aku jadikan baginya syurga tempat kembalinya, atau Aku tempatkan di dalam syurga Firdaus atau Aku penuhi baginya setiap hari 70 keperluan dan yang paling rendah adalah keampunan."
[HR: Al-Shauqani, Ibn Sunni dan Al-Hasan Al-Khallal]
Wirid 12, 14, 18 & 20:
Telah diriwayatkan bahawasanya manakala Allah SWT memerintahkan surah al-Fatihah, ayat Kursi, ayat 18 surah ali-Imran, dan ayat 26-27 surah ali-Imran, supaya turun ke bumi, mereka berkata: "Hai Tuhan kami, janganlah Engkau turunkan kami kepada rumah orang-orang yang berdosa dan kepada orang-orang yang menderhaka-Mu."
Maka berfirman Allah SWT: "Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, tidaklah kamu dibaca oleh seorang hamba tiap-tiap lepas solat melainkan Aku tempatkan ia di dalam syurga Hazhiratul Qudsi dan Aku telek dengan telekan-Ku yang menaungi sepanjang siang dan malam tujuh puluh hajat, sekurang-kurangnya penyempurnaan dan Aku menangkan dia daripada musuhnya, dan tidak ada halangan untuk masuk syurga kecuali kematian.
[Tafsir al-Jalalain]
Galakan Berselawat
Selawat merupakan doa kesejahteraan yang dikhususkan lafaznya untuk Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda ﷺ, dan para sahabatnya. Oleh itu, antara selawat dan doa tidak berbeza maksud, tetapi hanya perbezaan lafaz ketika seseorang berdoa untuk seseorang yang lain. Berselawat merupakan malan yang memberikan pahala kepada pembacanya. Ketinggian selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ terbukti sehingga amalan selawat kepada Baginda ﷺ dilakukan oleh Allah SWT dan para malaikat sebagai mana firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا
Ertinya: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ﷺ); wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
[Surah al-Ahzab: 56]
Kelebihan selawat:
Anas bin Malik RA berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat (di syurga kelak)."
[HR: An-Nasa'i]
Kebiasaannya seseorang akan berdoa selepas solat. Oleh itu berdoa dengan memuji Allah SWT dan berselawat sebelum berdoa adalah sesuatu amalan yang dituntut. Sebagaimana penyataan Fadalah bin 'Ubay yang meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
"Apa seseorang kamu berdoa, maka hendaklah dia mulakan dengan pengagungan kepada Tuhan-Nya yang Maha Tinggi dan Agung dan pujian kepada-Nya. Kemudian dia berselawat kepada Nabi, barulah dia berdoa dengan doa apa sahaja yang dikehendaki."
[HR: Abu Dawud]
Wirid 33 - Selawat Imam Syafi'i:
Menurut Ibn Hajar, selawat ini diajarkan oleh Imam Syafi'i yang menggabungkan selawat daripada hadis, dengan tambahan pujian padanya sebagai mana pujian kepada Allah SWT ketika dalam solat. Antaranya:
Abu Sa'id al-Khudri RA berkata bahawa kami bertanya, "Wahai Rasulullah, ini salam kepadamu, lalu bagaimana pula untuk kami berselawat ke atasmu? Baginda ﷺ memerintahkan, "Bacalah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
Ertinya: "Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad hamba dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim."
[HR: Al-Bukhari]
Namun hanya sebahagian selawat yang diambil dari hadis di atas, iaitu:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ
Perkataan "Nabi yang Ummi" digabungkan dalam selawat ini disebabkan banyak penegasan Allah SWT dalam al-Qur'an bahawa tanda perbezaan utama Nabi Muhammad ﷺ yang merupakan penghulu kepada para Nabi dengan Nabi yang lain ialah dengan adanya sifat ummi dalamnya. Hal ini sebagai mana dalam firman Allah SWT berikut:
"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-Nya (Kitab-Nya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk."
[Surah al-A'raf: 158]
Perkataan "al-Nabi al-Ummi" ini kemudiannya digabung dengan pujian berikut:
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ عَدَدَ مَعْلُومَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِكَ الغَافِلُونَ. وَسَلِّمْ رَضِيَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ سَادَاتِنَا أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ أَجْمَعِينَ
Tambahan ini mengambil sempena pujian Rasulullah ﷺ kepada Allah SWT sebagai mana dalam pujian berikut ketika Baginda beriktidal:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءُ الْأَرْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ
Ertinya: "Ya Allah, Tuhan kami, bagi-Mu segala kepujian yang memenuhi langit, yang memenuhi bumi, dan yang memenuhi apa yang Engkau kehendaki apa sahaja selepas kedua-duanya."
Maka, menambah pujian kepada Rasulullah ﷺ dalam doa dan selawat sebagai mana cara dan sifat Rasulullah ﷺ menambah pujian kepada Allah SWT adalah sesuatu yang baik dan dibenarkan ketika berdoa dan berselawat.
Tambahan pula dalam ilmu Balaghah dalam tajuk 'al-Iqtibas' - Abd. al-Rahman, 1949, ketika seseorang berdoa atau berselawat, mereka boleh menggunakan doa dan selawat hasil gabungan doa dan selawat daripada sumber al-Qur'an dan sumber hadis yang diubah suai sebahagiannya atau sebahagian besar dengan perubahan yang bersesuaian mengikut konteks tertentu. Hal ini seperti lafaz mufrad kepada jamak dan sebalik atau menyelitkan doa dan selawat daripada al-Qur'an dan hadis dalam doanya yang disusun indah dalam bahasa Arab sama ada dalam solat atau luar solat.
Perubahan yang ingin dilakukan dalam doa dan selawat adalah dibenarkan dalam Islam memandangkan keperluan seseorang dalam berdoa ada perbezaan dengan seseorang yang lain, antara satu majlis dengan suatu majlis yang lain, dan antara satu zaman dengan suatu zaman yang lain. Oleh itu, doa dan selawat yang dikemukakan ini tidak menjadi masalah untuk diamalkan apatah lagi diajarkan sendiri oleh Imam as-Syafi'i yang merupakan imam mazhab agar seseorang itu benar-benar mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada pengamalnya sebanyak kasih sayang yang dipinta buat Rasulullah, ahli keluarganya dan para sahabatnya.
Ulasan
Catat Ulasan